Pages

Saturday, January 31, 2009

Erdorgan Disanjung Dunia Islam

Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan semalam disambut sebagai wira sekembalinya ke Istanbul selepas menempelak Presiden Israel, Shimon Peres dan bertindak keluar dari Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos ketika ia sedang hangat berdebat mengenai serangan Israel ke atas Gaza. Ribuan orang berkumpul di lapangan terbang Ataturk Istanbul bagi menyambut kepulangan Erdogan, sambil melambaikan bendera Turki dan Palestin serta melaungkan namanya.


Selepas bertikam lidah dengan Peres, Erdogan berkata, beliau mungkin tidak akan menghadiri lagi perjumpaan tahunan negara kaya dan berkuasa itu yang berlangsung di pusat peranginan Switzerland. Ketika berdebat mengenai Asia Barat, Peres mempertahankan serangan negaranya ke atas Gaza sejak bulan lalu dan dengan suara yang tinggi dan menuding jarinya, bertanya kepada Erdogan apa yang akan dilakukannya jika roket dibedil ke Istanbul setiap malam. "Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos sebab anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Perdana Menteri Turki itu, yang marah kerana tidak diberi masa mencukupi untuk menjawab. Beliau berdiri dan terus berjalan keluar dari dewan persidangan.


Datuk bandar Istanbul, Kadir Topbas, daripada Parti AK pimpinan Erdogan, berada di lapangan terbang bagi menyokong perdana menterinya, lapor akhbar Hurriyet Daily. Peres bertanya Erdogan: "Apa yang akan anda lakukan jika ada 100 roket dibedil ke Istanbul setiap malam?" Erdogan yang jelas kelihatan marah terus menjawab persoalan yang dihujani Peres. "Presiden Peres, anda lebih tua daripada saya. Mungkin anda berasa bersalah dan oleh itu begitu keras dalam kenyataan anda. Anda membunuh orang. Saya masih ingat ada kanak-kanak yang mati di tepi pantai," kata Erdogan menerusi penterjemah.


Agensi berita Turki, Anatolia, memetik sumber diplomatik sebagai berkata Peres menelefon Erdogan kemudian bahawa beliau kesal dengan apa yang berlaku ketika berlangsungnya perbincangan panel mengenai Gaza. "Saya begitu kesal dengan apa yang berlaku, kawan pun kadangkala bertengkar di kalangan mereka. Saya mempunyai penghormatan tinggi terhadap Republik Turki dan kepada anda sebagai perdana menteri. Saya menganggap diri saya sebagai kawan Turki dan Perdana Menteri Erdogan," Peres memberitahu Erdogan dalam perbualan telefon, kata Anatolia. Bagaimanapun, Israel semalam menafikan Peres memohon maaf kepada Edrogan. Turki yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan dunia Arab, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas Gaza, yang mengorbankan lebih 1,300 orang. Tindakan Erdogan mengejutkan Israel. – Reuters

Sunday, January 25, 2009

Selamatkan Saudara SeIslam Kita Di Palestin


Gambar Keluarga Raya Haji 2