Pages

Tuesday, March 8, 2011

Kamera Digital Terbaik 2010


Kelebihan ketara yang terpadat pada kamera digital compact berbanding kamera SLR ialah saiznya yang kecil dan mudah dibawa. Harganya yang jauh lebih murah dari kamera SLR membuatkan orang lebih cenderung untuk memilih kamera digital compact.

Kamera Digital

Lagipun, dengan kemajuan teknologi sekarang, gambar yang diambil guna kamera digital yang kecil ini dah boleh dikatakan setanding dengan gambar yang diambil dengan menggunakan kamera professional atau dengan lebih spesifik, kamera SLR. Satu lagi kelebihannya ialah boleh dikatakan semua kamera digital compact dilengkapi dengan fungsi merakam video yang memang susah kalau kita nak cari fungsi tersebut dalam kamera SLR. Cuma sebahagian sahaja yang ada. Sebelum ni, aku ada sediakan senarai kamera SLR terbaik, untuk entry kali ni pula, aku sediakan senarai kamera digital terbaik untuk tahun 2010 yang boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa yang merancang untuk beli.

Menduduki tempat pertama adalah Kamera Canon PowerShot SD940 IS dengan diikuti oleh Kamera Samsung DualView TL225 dan seterusnya Kamera Nikon CoolPix S1000pj. Rata-rata kamera digital di bawah ni harga kurang dari RM1000. Jadi, pandai-pandailah merancang kewangan anda.

Kamera Digital Terbaik

sumber : http://azizie.com/photography/kamera-digital-terbaik-2010

No comments: