Pages

Monday, December 29, 2008

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran - Dr Fadhilah Kamsah

Januari

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali setelah dirangsang
Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badan sihat tetapi mudah diserang selesema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang kepada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segalanya
Rajin belajar dan kemahiran sosial
Sikap cemburu yang sangat tinggi

Tuesday, September 30, 2008

Eid Mubarak - Kullu 'Am Wa Antum Bi Kheir






Salam Eid Mubarak dan Maaf Zahir Batin. Buat semua muslimin dan muslimat dari kami, Ustaz Haji Mohd Johari, Ustazah Aslamiah dan Mujahid Muhammad Hazim al-Hafiz insyaAllah.

Salam Eid Fitri Maaf Zahir dan Batin

Salam Eid Fitri,

Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sabahat handai dan semua kenalan muslimin dan muslimat.

Semoga hari raya pada tahun ini disambut dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga bulan Ramadhan yang berlalu dapat mendidik nafsu kita supaya sentiasa patuh dan taat kepada semua perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Gunalah kesempatan hari raya ini untuk saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Jangan asyik menjadikan tv sebagai peneman. Makan kueh raya tu, ingat-ingatlah kepada orang yang berada diperantauan sama.

Kami doakan kepada semua yang dapat pulang beraya di kampung halaman supaya memandu dengan cermat dan berhemat. Semoga selamat kembali bertugas dengan selamat. Pandu cermat jiwa selamat.

Kepada yang tidak dapat pulang dan terpaksa beraya diperantauan, usah bersedih, perjuangan masih jauh, tidak dinamakan perjuangan tanpa pengorbanan. Dan tidak dinamakan pengorbanan kalau tidak mahu berkorban. Ingat, ramai lagi umat Islam di sekeliling kita yang terpaksa menyambut hari raya dalam keadaan yang sengsara. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Sekian, selamat hari raya dan maaf zahir batin.
Jemput la ke rumah raya nie... :)

Sunday, August 24, 2008

Gambar Lawatan Ke Miri




Ini adalah antara gambar yang di ambil sempena lawatan ke Miri pada 22 hingga 24 Ogos 2008. Kami mula bertolak dari Mukah pada jam 2 petang dan sampai di bandaraya Miri tepat jam 12.05 pagi. Antara tempat lawatan ialah SMK Agama Miri, Muzium Petronas, Taman Awam Miri, Taman Negara Lambir dan yang terakhir ke Gua Niah. Alhamdulillah selamat kembali ke SMK Agama Igan pada 24 Ogos jam 8:30 malam. Sekian.

Wednesday, August 20, 2008

Hadith Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."