Pages

Monday, April 9, 2012

Tidak Betul Istilah: MANUSIA KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI

Posted by on 3 Julai 2011
MANUSIA KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI.
الإنسان خليفة الله في أرض
Perbincangan ini ana pilih sebagai suatu kajian atau penelitian kepada kata-kata (Khalifah Allah) yang masyhur dan sering kita dengar ini samada dari para ustaz, penceramah yang lama atau baru, juga orang ramai secara umumnya. Mari kita cuba membuka minda melihat secara rasional pandangan ulama’ yang dikemukakan dalam buku ini, apakah istilah ini betul dan  wajar digunakan atau tidak sepatutnya.
Buku ini bertajuk;
لا يصح أن يقال: “الإنسان خليفة الله في أرضه” فهي مقولة باطلة
“Tidak Betul Untuk mengatakan Manusia Adalah Khalifah Allah swt di Muka Bumi.” Ianya hasil tulisan  Dr Abdul Rahman Hasan Habannakah Al-Maidani.
[Lihat biodata beliau di: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=246646] atau [http://wasber.com/vb/showthread.php?t=7813] Beliau adalah anak kepada seorang tokoh ilmuan terkenal dari Syria.
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6572:syeikh-hassan-habannakah-al-maydani-1908-1978m-tokoh-ulama-dan-pembina-para-pendakwah-di-syria&catid=53:sejarah-a-tokoh
Buku ini telah ditulis pada Bulan Zulhijjah  tahun 1410H di Makkah al-Mukarramah. Risalah ini ditulis untuk menyatakan Butlan (tidak betul) kata-kata yang mayhur di kalangan ramai para pendakwah..
Sheikh telah menghuraikannya dengan kajian ilmiah bahawa tidak betul dan tidak benar istilah tersebut, kerana ianya menyentuh persoalan keselamatan Aqidah Keimanan kepada Allah swt, tanpa disedari oleh orang yang mengucapkannya bahawa terdapat didalamnya makna yang fasid (rosak), tidak boleh secara sengaja melafazkannya.
Risalah ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian;
1)   Muqaddimah Umum:
Istilah ini telah diucapkan/ditulis tanpa meneliti maknanya, berfikir kepada isi kandungannya… kemudian ia telah menjadi tersebar luas hingga dianggap sebagai suatu yang diterima oleh ahli fikir…
2)   Al-Bayan Al-Tahlili/Penjelasan secara teliti.
Al-Istikhlaf (minta pengganti) mengandungi makna tafwidh (menyerahkan) orang yang mengganti (pengganti) bagi khalifah-Nya (kuasa-Nya) yang mengandungi ciri-ciri keistimewaan-Nya. Maka dakwaan bahawa Allah swt menjadikan manusia khalifah-Nya di muka bumi, yang menjadi milik-Nya swt, atau dalam harta yang Allah swt adalah pemilik langit dan bumi, merupakan sebuah dakwaan yang mengandungi makna; Allah swt menjadikannya khalifah dari-Nya, mempunyai beberapa ihtimalat (kemungkinan) yang berikut;
  1. a. Tafwidh / Penyerahan dalam menciptakan.
  2. b. Tafwidh / Penyerahan dalam hukum, suruhan dan larangan.
  3. c. Tafwidh / Penyerahan dalam kerja dan kuasa bertindak dalam alam semesta atau harta benda.
Tafwidh / Penyerahan: ialah memberi kuasa tanpa muhasabah (diaudit) dan diambil tindakan…
Khalifah adalah wakil, sama seperti penjawat asalnya, maka tidak boleh diambil tindakan ke atas wakil terhadap tindakannya dalam skop jawatan yang diberikan kepadanya. Jika tuan/ketua dia tidak thiqah (percaya) tentu dia tidak mewakilkannya…
Kemudian Sheikh telah menjelaskan secara terperinci setiap 3 perkara di atas dari ms10-20.
3)         Al-Khilafah mengandungi makna al-Wakalah.
Al-Khilafah ‘an Allah swt. Mengandungi makna mewakili dan tempat kembali..
4)         Semua hasil pengeluaran manusia samada yang dicipta atau rekaannya adalah makhluk Allah swt..
5)         Al-Taskhir (Allah swt mempermudahkan) segala hal di dunia ini kepada manusia bukan bermakna Tafwidh atau wakil atau khilafah dari Allah swt..
6)         Fikrah Al-Khilafah dari Allah swt adalah suatu kegelinciran fikiran yang merbahaya…
7)         Adakah manusia pengganti Allah swt dalam menguruskan harta? Sebagaimana yang diucapkan oleh ahli ekonomi…
8)         Fikrah Manusia Khilafah dari Allah swt adalah suatu bid’ah yang muhdathah (baru) tidak disebut oleh ulama’ salaf, tidak ada sandaran dari nas syara’…
Kebanyakkan pegangan yang dibuat mengenai istilah ini adalah ta’wil yang fasid… kisahnya suatu riwayat dari Imam At-Tobari rh dalam tafsirnya, Surah Al-Baqarah ayat 30:
تفسير الطبري – (ج 1 / ص 451)
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ (30)
ومفاد هذا الرأي أن آدم عليه السلام ومن هو مثله من الأنبياء والرسل خليفةٌ من الله في أن يحكم بحكم الله بين بنيه الذين سيوجد منهم من يفسد في الأرض، ويسفك الدماء.
.وآدم بعد هبوطه من الجنة وتوبته اجتباه الله بالنبوة، فصار نبيا معصوماً، والنبي المعصوم أهل لأن يستخلف في أن يحكم بحكم الله، إن شاء الله ذلك
{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”} [Al-Baqarah: 30].
Pegangan pendapat ini bahawa Adam as serta para nabi dan rasul yang lain adalah khalifah daripada Allah untuk berhukum dengan hukum-Nya dikalangan bani Adam yang akan wujud. Ada di kalangan mereka yang akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah.
Nabi Adam selepas turun dari syurga, Allah telah memilihnya sebagai nabi, maka jadilah beliau seorang nabi yang ma’sum, berhak untuk dijadikan khalifah dalam melaksanakan hukum Allah jika Allah menghendaki sedemikian itu.
Terdapat juga dua pandangan lain dalam menafsirkan kalimah ini, [yang menunjukkan bahawa manusia itu bukan pengganti (khalifah) kepada Allah]. Iaitu pandangan ulama’ salaf yang dinukilkan oleh Imam At-Tobari rh;
a)  Sebelum kewujudan manusia di bumi ini, terdapat penduduk dari kalangan jin, yang telah melakuka kerosakan dan pertumpahan darah. Maka untuk menghalang mereka, Allah swt telah mencipta manusia untuk menggantikan golongan jin ini, maka jadilah istilah khalifah, iaitu pengganti kepada mereka yang sebelumnya (jin).
b)  Diantara ciri-ciri manusia itu mempunyia keturunan dan beranak-pinak (yatanasil), maka jadilah mereka pengganti (khalifah) kepada orang yang sebelumnya.
9)  Petikan dari Kitab Minhaj As-Sunnah:
Maqulah (kata-kata ini); Tidak boleh berkata: Bahawa Allah swt telah menggantikan seseorang dari-Nya…
منهاج السنة النبوية – (4/94-95)
“والخليفة لا يكون خليفةً إلا مع مغيب المستخلِف أو موته، فالنبي صلى الله عليه وسلم إذا كان بالمدينة امتنع أن يكون له خليفة فيها، كما أن سائر من استخلفه النبي صلى الله عليه وسلم لما رجع انقضت خلافته، وكذلك سائر ولاة الأمور، إذا استخلف أحدهم على مِصره في مغيبه بطل استخلافه ذلك إذا حضر المستخلف. ولهذا لا يصلح إن يقال: إن الله يستخلف أحدا عنه؛ فإنه حي قيوم شهيد مدبر لعباده، منزه عن الموت، والنوم والغيبة، ولهذا لما قالوا لأبى بكر رضي الله عنه- يا خليفة الله! قال: لست خليفة الله، بل خليفة رسول الله، وحسبي ذلك. والله تعالى يوصف بأنه يخلف العبد، كما قال صلى الله عليه وسلم: ((اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في الأهل)) وقال في حديث الدجال: ((والله خليفتي على كل مسلم)) وكل من وصفه الله بالخلافة في القرآن فهو خليفة عن مخلوق كان قبله كقوله: {ثم جعلناكم خلائف في الأرض من بعدهم}. {واذكروا إذ جعلكم خلفاء من بعد قوم نوح وعد الله الذين آمنوا منكم و عملوا الصالحات ليستخلفنهم في الأرض كما استخلف الذين من قبلهم}. و كذلك قوله: {إني جاعل في الأرض خليفة} أي: عن خلقٍ كان في الأرض قبل ذلك، كما ذكر المفسرون و غيرهم. و أما ما يظنه طائفة من الاتحادية و غيرهم، أن الإنسان خليفة الله فهذا جهل و ضلال”. أهـ.
Akhukum; Abu Anas Madani – 01 Sya’ban 1432H – 03 Julai 2011M.

http://www.abuanasmadani.com/?p=1098

No comments: