(Gambar fail) Allahyarham Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi ketika berucap selepas menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam Bidang Dakwah dan Pengurusan Islam pada majlis Konvokesyen Khas Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Multaqa Alumni Al-Azhar ke-3 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -foto BERNAMA
CAIRO: Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.
Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.
Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.
Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.
Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. - AP
sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/10/mstar_berita/20100310185153&sec=mstar_berita
Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.
Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.
Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.
Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.
Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.
"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/126200
No comments:
Post a Comment