Salam perantau,
Alhamdulillah, perancangan untuk membuat xpdc ke Sabah pada tahun-tahun lepas terlaksana juga. Ramai yang berminat untuk menyertai xpdc ini, tetapi pelbagai halangan yang menyebabkan ada yang terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir. Kepada yang tidak dapat ikut serta harap bersabar dan insyaAllah, panjang umur anda semua akan dapat pergi juga akhirnya.
Sabtu - 13hb Mac 2010
xpdc ini disertai oleh ana sekeluarga... ( 4 0rang) ust Che Daud sekeluarga ( 4+1) dan cikgu Fairus...
Pada hari pertama perjalanan kami bertolak dari Igan pada jam 7:30 pagi. Berhenti untuk bersarapan di Mas Cafe, Mukah sekejab dan seterusnya berjumpa dengan rombongan ust Che Daud dekat dengan persimbangan ke Sibu dan Balingian. Cabaran pengembaraan pertama ditempuhi dengan penuh tabah. Apa tidaknya, jalan utama (highway) yang masih dalam proses pembinaan. Jalannya amat teruk dan ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang hujan lebat pada pagi itu. Terpaksa diredah juga. Tengoklah gambar kat bawah, nombor kereta pun dah tak nampak.
Di pertengahan jalan sempat singgah rehat di surau ladang. Kami terpaksa bergegas ke Miri untuk menguruskan pasport ustaz Che Daud dan keluarga. Kami mesti sampai di Miri sebelum jam 4 petang. Apabila sampai di Bintulu, kami dimaklumkan bahawa pejabat Imegresen Miri tutup jam 1 petang. Kecewa, lantas kami ambil keputusan untuk berhenti rehat di bandar Bintulu sambil makan tengahari, solat dan yang penting pastikan kenderaan kami bersih daripada selut2 ladang.
Kami sampai di bandaraya Miri lebih kurang jam 8 malam. Jumpa cikgu Cuali dan minta tolong beliau untuk carikan hotel untuk bermalam di sana. Kami memilih hotel yang berhampiran dengan pejabat Imegresen Miri supaya senang untuk berurusan pada hari besok. Cuma perlu berjalan kaki sahaja.
Ahad - 14hb Mac 2010
Jam 8am kami bergegas ke pejabat Imegresen Miri. Dugaan dalam perjalanan ini datang lagi. Gambar yang disediakan oleh ust Che Daud dan keluarga tak diterima oleh pihak Imegresen. Kertas gambar jenis glossy tidak diterima kerana tak sesuai untuk discan untuk buat pasport. Terpaksa bergegas untuk mencari kedai gambar yang berdekatan. Nasib baik kedai gambar cuma 50m sahaja dan dapat siap dalam tempoh setengah jam sahaja. Alhamdulillah. Selesai semua borang diisi, kerana maklumkan pasport siap besok. Boleh ambil besok pagi jam 7:30am. Apa??? tergendala lagi?? alhamdulillah, nasib menyebelahi kami. Rayuan untuk mendapat pasport segera diterima akhirnya. Terima kasih kepada pihak Imegresen Miri. Tepat jam 1 petang kami mula bertolak ke destinasi. Dari Miri ke Brunei. Kemudian ke Limbang, ke Brunei, ke Lawas dan Sabah. Terpaksa berhenti di 9 Imegresen untuk cop pasport.
Kami sempat berhenti di Limbang untuk solat dan rehat sekejab. Selepas ini kami akan melalui perjalan yang mencabar. Jalan yang tidak biasa ditempuhi apatah lagi terpaksa berjalan pada sebelah malam menjadikan ia satu cabaran bagi kami. Kami juga terpaksa mengikat perut kerana nak memastikan kami sampai ke Imegresen yang terakhir iaitu sempadan Sarawak dan Sabah di Sindumin sebelum jam 10 malam. Alhamdulillah, jam 9:30 malam kami sampai dan di Sindumin. Berhenti rehat sekejab dan makan nasi yang telah dibeli semasa di Limbang petang tadi.
Perjalanan diteruskan dan alhamdulillah sampai di rumah ust Mujib di Lok Kawi, Kota Kinabalu lebih kurang jam 12:30 malam.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment