Pages

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

CERITA TOK IMAM TAK AMBIL AIR SEMBAHYANG

Arakian, tersebutlah kisah seorang suami (kita namakan Abang Mat) yang malas solat di masjid - termasuklah liat menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Mentua yang solehah amatlah susah hati dengan perangai menantunya itu.

Setelah puas berdoa dan memberikan nasihat, akhirnya Mak Mentua mendapat satu ilham. Mak Mentua yang baru pulang dari mengerjakan umrah itu pun menziarahi menantunya membawa jubah dan serban.

"Mak belikan jubah dan serban ini kepada anak - semoga anak dapat menjadi menantu yang soleh," kata Mak Mentua kepada menantu. Si menantu menerima hadiah dari Mekah itu dengan selamba saja.

Dalam hati, Abang Mat kata ini mesti Mak Mentua nak perli. Bagaimanapun, demi menjaga hati Mak Mentua, si menantu ini pun memakai jubah dan serban baru itu, lalu melangkah dengan penuh bergaya untuk solat Maghrib di masjid.

Tiba di masjid, semua orang memandang Abang Mat dengan penuh kehairanan. Pertama, mereka tak pernah melihat beliau di masjid sebelum ini. Malah, ramai juga jemaah yang berbisik sesama sendiri melihat "tok syeikh" yang kelihatan cukup hebat. Kedua, para jemaah di kampung itu hanya memakai kain pelikat dan baju Melayu saja. "Ini tentu tok syeikh hebat," bisik sesama mereka apabila melihat dia memakai serban dan jubah.

Melihat kehebatan pakaian Abang Mat, tok imam mempersilakannya untuk mengimami solat maghrib berjemaah. Mula-mula Abang Mat menolak, tetapi setelah dipaksa akhirnya dia mara ke hadapan dan menjadi imam.

Abang Mat memang "ada tokoh" menjadi imam. Bacaan dalam solat cukup baik.

Selepas solat, tok imam tadi menghampiri Abang Mat sekali lagi.

Kata tok imam masjid itu, "Hebat bacaan tuan syeikh dalam solat tadi. Mengalahkan imam di Mekah!"

Dengan tersipu-sipu tetapi penuh kebanggaan, Abang Mat menjawab, "Oh, itu belum cukup sedap lagi. Kalau saya ambil air sembahyang sebelum solat, bacaan saya lagi sedap!"

Sunday, August 9, 2009

CERPEN INTERVIEW


A, bukan nama sebenar, dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari, dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang telah disenarai pendek untuk sesi temuduga.

Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama yang ditanya pada calon yang pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya..saya hairan bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda, dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya daripada tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu.

Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau?" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"